Sultanah Zanariah

Raja Permaisuri Agong
Sultanah Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad
Raja Permaisuri Agong ke- 8
Yang di-Pertuan Agong Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
Negeri Johor
Kelahiran (1940-07-05)5 Julai 1940
Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan
Kemangkatan 17 Mac 2019(2019-03-17) (umur 78)
Johor Bahru, Johor
Mula jawatan 26 April 1984
Tamat jawatan 25 April 1989
Penyandang terdahulu Tengku Ampuan Afzan
Penyandang kemudian Tuanku Bainun
Sultanah Johor


Almarhumah Tunku Puan Zanariah Iskandar[1] (Jawi: تونكو ڤوان زانريه إسكندر), dahulunya dikenali sebagai Sultanah Zanariah (lahir Tengku Zanariah binti Tengku Ahmad; 5 Julai 1940 – 17 Mac 2019) merupakan suri kedua kepada Sultan Johor era moden ke-4, Sultan Iskandar daripada perkahwinan mereka pada tahun 1961 sehingga kemangkatan suami baginda pada tahun 2010.

Baginda berasal daripada keluarga DiRaja Kelantan. Baginda merupakan puteri kepada Almarhum Tengku Panglima Raja Long Ahmad bin Almarhum Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar Ibni Almarhum Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah). Ayahanda baginda, Tengku Panglima Raja Long Ahmad adalah individu yang memahkotakan tiga orang Al-Sultan Kelantan. Baginda pernah berkhidmat sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 dan 1989.

  1. ^ "No 'sultanah' title or special perks for 2 Johor consorts". New Straits Times. 17 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2011. Dicapai pada 5 Jun 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy